Wednesday, August 31, 2005

The Merdeka Rhapsody

Tanggal tiga puluh satu,
Bulan lapan lima puluh tujuh,
Merdeka merdeka tetaplah merdeka,
Ia pasti menjadi sejarah!

Ya tuan tuan and puan puan, hari ini merupakan tarikh yang bersejarah bagi Malaysia, yakni Hari Kemerdekaan. Empat puluh lapan tahun dahulu, pada seluruh rakyat negara kita meraikan kebebasan mereka dari cengkaman penjajah. Semenjak itu, laungan merdeka bergema sehinnga ke hari ini.

Oleh itu, untuk meraikan hari bersejarah ini, beta menbawakan edisi khas blog dalam bahasa ibunda. Sebenarnya Bahasa Melayu beta bukanlah teruk sangat. Beberpa tahun dahulu beta sangatt fasih. Ketika UPSR, beta dapat A dalam Bahasa Melayu. Begitu juga dalam PMR. Dalam SPM beta dapat A1. Handal tak? Tapi walaupun dapat A1, tak bermakna BM semestinya bagus. Ini merupakan fakta yang tidak boleh dinafikan. Tak percaya? Tanya rakan rakan beta. Heheheh!

Akan tetapi BM beta sudah mengalami deteriorasi semenjak beta meninggalkan sekolah menegah. Ini kerana beta jarang bertutur dalam bahasa melayu. Antara waktu-waktu beta bertutur dalam BM ialah ketika berchatting dengan sahabat beta, CQ dalam msn. Itupun percakapan sampah dan carut-mencarut. Sebab itulah BM beta sedemikian rupa dewasa ini. Nak taip dalam BM pun terasa susah.

Berbalik kepada tema hari ini yakni kemerdekaan. Sesungguhnya kita sudah jauh berjalan. Dari masa anjing-anjing Parameswara ditendang oleh kancil, sehinggalah hari ini, negara kita telah melalui banyak liku-liku. Kini, Malaysia sudah moden dan aman. Rakyatnya hidup dalam harmoni, berdiri atas satu kata, duduk di bawah bumbung yang sama. Sebenarnya beta bukanlah seorang yang amat patriotik, tapi itulah sebabnya beta sukakan Malaysia. Negara Australia memang tidak boleh dibandingkan degan Malaysia. Malaysia memang lebih baik dalam banyak segi. Oleh itu, beta juga kurang faham kenapa banyak orang yang berhajat untuk menjadi PR di sini apabila tamat universiti. Apa yang baik sangat? Bak kata pepatah, hujan emas di negara orang, tapi hujan batu di negara sendiri lebih baik. Sesungguhnya di negara sendiri, kita akan berasa bebas, bukan ditindas. Macam mat salleh kata, ada sense of security. Ataupun somewhere we belong.

Pertama kali menyambut Merdeka di negara asing memang ganjil rasanya. Tiada bunga api, tiada program programMerdeka Special di televisyen. Beta faham bahawa merdeka bukan hanya bermakna bunga api dan lain lain, tapi seperti beta katakan, beta memang kurang patriotik dari segi ini. Tapi sewaktu beta belajar di UiTM Shah Alam, beta berkesempatan untuk menyambut merdeka beramai ramai di stadium. Perdana Menteri pun datang. Pada masa itu, semua orang, termasuk beta sangat hyper, bersorak sorakan. Mungkin itulah semagat merdeka. Memang pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Ahad ini ada Malaysian Festival di Darling Harbour. Mungkin beta akan berangkat pergi menjenguk-jenguk. Mungkin ada makanan Malaysia yang amat dirindui.

Akhir kata, selamat ulang tahun kepada negaraku yang tercinta. Semoga mu panjang umur, sihat walafiat. Sekian saja edisi khas bahasa melayu untuk kali ini, selamat meyambut hari kebangsaan kepada semua rakyat Malaysia!

2 comments:

Anonymous said...

Enjoyed a lot! »

Anonymous said...

Cool blog, interesting information... Keep it UP »